Monday, April 11, 2005

assalammualaikum..buat sahabat2ku aku nie aku ambil dari maseg yg di send pada aku..so aku bg kat korang sbg tanda ingatan dalam ukhuwah fillah ini..harap ianya berkekalan dalam redha Illahi dan menjadi sebahagian syafaat dia khirat kelak..sbg mana sabda nabi:"tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia kasih akan saudaranya seperti mana ia kasih akan dirinaya"..harap kita begitulah sentiasa bersama dalam suka dan duka serta saling mengingatkan ketika lupa..

kawan...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu... tapi tak leh ramai sgt..nanti habih airmata aku...

kawan...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan suruh kau berhenti..tapi..mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai... tapi jangan laju sangat lari tak larat aku nak kejar..

kawan..
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasihkau..
beritahulah aku..
aku tidak akan memakihamun x-makwe/x-pakwe kau..
tapi..aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri...

kawan..
jika kau kecewa keluargamu takbahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kaubenci kepada ibu bapa kau..tapi..terimalah segala ketentuan Allah... dan belajar untuk cintai mereka..

kawan..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatuhari nanti...
ceritalah pada aku..aku takkan sebutnama perempuan/lelaki itu...tetapi..cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah...

tetapi kawan...jika suatu hari aku berdiam diri..aku tidak membalas messagemu..aku tidak angkat panggilan darimu...hubungilah aku segera...sebab waktu itu aku..aku mungkin perlukan kau...atau aku sudah tiada lagi didunia ini...............

jadi andai ini suratan buatku kalian doakan kesejahteraanku di dunia abadi kerana mungkin doa kalian mampu menemani aku dialam yg berbeza itu..

Apapun kawan..segalanya ketentuan Illahi buat kita yg bernama manusia..carilah.kecapilah manisnya mahabah fillah yg Allah utuskan dlm persahabatan yg seketika ini..
sayang fillah buat sahabat2ku yg jauh dimata..dekat dalam munajatku padaNya..

Tuesday, April 05, 2005

Cerita April Fools

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day

sebagai renungan bersama. sbb suka ikut cara org bukan ikut cara Islam.......

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb Aprilini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islamdari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Akhuukum Fil Islam
abunur .....sedikit yang berkat lebih baik.... drp banyak yang mudarat